Sabtu, 18 Mei 2013

penting itu penting

Kalau kau rasa tu lagi penting
Yaa itu memang penting
Jangan lepas walau sedetik
Yang dikendong biarkan lepas
Asal kau dapat apa yang penting

Yang dikendong terduduk
Muka terpinga tambah ternganga
Membuka persepsi yang curiga
Apakah semua tiada makna

Aku bukan menagih perhati
Cuma aku mahu nilai harga
Kalau semudah kau kata
Nyata aku tak bisa sembunyi
Aku kecewa

Kecewa aku bukan meminta
Cuma aku mahu kau tahu
Mungkin selama ini aku damba
Meniti jannah bersama-sama
Tak kan sama lagi arahnya

Namun aku bukannya dungu
Bahuku tetap ada kala kau sedu
Datanglah cuma bila
Tapi kau lah yang datang
Kerana aku tetap disitu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan