Isnin, 20 Mei 2013

Pejam dan buka

Ketika ini aku duduk sorang-sorang
Mata ku pejam biar kelam
Wahhh banyak scene yang menerjah
Ada yang syok ada yang gampang
Kadang-kadang hati itu tamak
Mulalah rasa mereka ada aku tak ada
Jarang mahu rasa aku ada mereka tiada
Otak diputar cuba menahan haloba
Nyata aku manusia yang gampang
Kenapa aku cerca diri
Sebab memang dah sepatutnya
Memang patut

Aku lupa macam mana aku boleh ada
Memang kuasa Tuhan yang Esa
Tapi siapa yang bela
Kudrat ayah bonda yang aku tagih
Buat aku sampai disini
Sihat sihat sihat sekali
Tapi aku ni selalu saja nak semua
Tapi aku sedar aku siapa
Dan tanpa warna-warna teman sepermainan
Aku nyata sampah yang tak ada rasa
Thanks buat kamu kamu yang hadir
Kerana kamu kamu aku disini

Tengok tengok balik
Aku ada rumah ada katil
Makanan tak pernah tak ada
Air mencurah macam waterfall
Sikit sekali hembusan syukur aku
Kesal dengan silap lalu tak habis-habis
Sekarang apa yang ada apa yang ada

Buka mata buka mata buka mata
Memang aku tak ada semua
Tapi apa yang aku ada cukup
Sampai waktu aku membuka langkah
Memacu anugerah Ilahi yang bagi aku hidup
Rasa nak terbang tapi belum lagi masa
Sampai nanti aku nak tengok kanak-kanak ketawa
Orang tuaku tersenyum keladi
Kerana anaknya berbudi budi
Aku mahu belajar apa itu syukur
Diri sendiri kena isi biar terus berisi
Moga nanti aku jadi apa itu insan
Lepas di dunia dan disana
Menghidupkan setiap saat yang aku ada
Hanya untuk DIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan