Sabtu, 25 Mei 2013

1Q84

Novel yang tengah aku baca
Sedikit banyak lucahnya
Tapi ia karya yang dikata-kata
Cuma mahu melihat sekadar
Manakah ia bercerita
Nyata cerita bukan biasa-biasa
Ada nilai ada moral
Meskipun hanya rekaan
Tapi penuh fakta-fakta
Itu yang kurang novel kita
Penuh bunga-bunga
Terlebih madu dan gula
Cerita ini tentang pembelaan
Misteri misteri misteri
Juga dipapar kucar-kacir hidup
Walau bertamadun tapi
Persis haiwan binatang
Nafsu nafsi tak basi basi
Buat aku tersingkap minda
Bertapa agung ciptaan Tuhan
Sudah diberi panduan
Nyata jelas serta bukti
Tapi dicari yang tak pasti
Hidup tanpa tujuan
Akhirnya tumpas jua
Moga cerita ini
Dibaca lebih ramai insan
Bukan diambil hangat kisahnya
Tapi lihat apa kontrasnya
Yang cuba dibawa penulis
Terbang bersama ceritanya
Kutip sekali mesejnya
1Q84

Tiada ulasan:

Catat Ulasan