Sabtu, 18 Mei 2013

Kawan itu kawan

Mendongak menghidang mata dengan sang langit.Kepul-kepul awan itu berarak.Terkadang mendepani sang suria.Tapi tak kesan apa-apa.Kerana dunia masih lagi cerah.Masih siang masih petang.Di bangku itu aku berbaring.Penat mendongak aku mahu menatap sepuas-puasnya indah ciptaan Ilahi.Terbang lincah burung-burung itu.Tenang.Luas dunia aku bayangkan.Moga nanti boleh jugak aku jelajahi.Entah bila.Tapi aku mahu meskipun itu hanya mimpi-mimpi.Sebab aku tahu mimpi itu boleh jadi pasti selagi ada percaya diri.

Sang sahabat yang turut menatap birunya langit pecahi damai sunyi itu dengan bicara.Katanya "Apa yang kita akan jadi nanti?".Ya aku suka soalan itu.Sembang-sembang soal hidup itu sedap dicakap.Kerana ia membuah mimpi.Aku kata "Aku mahu bebas sebebas burung di sana.Aku mahu memberi makna walau seketika.Aku mahu warnai dunia dengan bancuhan warna-warnaku.Supaya dikala aku menutup mata Tuhan itu sudi menerima aku".Panjang jawabku.Dia tersenyum nyata setuju.Dia juga mahu apa ku mahu.Cuma yang pastinya caranya tidak akan sama.Dia melontar suara"Aku cuma harap kau akan bahagia dan pasti aku pun bahagia.Aku tak punya mimpi lebih dari apa mimpimu".Hati aku luluh dengan ayat itu.Ayat yang tak akan aku buang.Langit terus aku tatap seolah aku bisa tembus ke angkasa.Pandangan penuh lontaran harapan diteman semulia impian.

Sedetik itu aku nyata sedar yang aku tak akan kemana jika aku biarkan insan yang aku sayang terkulai lemah .Nyata rasa cinta itu penting.Cinta yang menunjuk arah agar kita tidak salah. Cinta yang benar.Oh kawan.Terima kasih sentapkan jumudku ini.Ternyata aku mahu kita sama-sama bahagia dan itu harus sampai ke syurga.Aku sayang kamu.Hanya Tuhan yang tahu. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan