Sabtu, 18 Mei 2013

Ada tapi tak ada

Kala beliak mata menatap dunia
Secerah dan segelap yang ada
Mencermin sejuta kata-kata
Mencermin diri yang kian terlena

Gelap gelap gelap
Aku mahukan cerah
Cerah cerah cerah
Aku hegehkan gelap

Tercampak muda dikala moden
Segumpal darah mahukan dunia
Gaya dan lenggok harus seiring
Gusar disepak keluar gelanggang

Lemas lemas lemas
Aku mahukan oksigen
Lega lega lega
Aku hegehkan karbon dioksida

Hatta yang nyata tebar merata
Tetap didamba belaian dusta
Maka yang tinggal tiada apa
Mahu diisi depekuk telinga

Satu soalan mahu aku tanya
Sampai bila ? bila?
Esok atau lusa ?
Kalau kudrat terabai dibiar

Keluar keluar keluar
Aku mahu ia sirna
Segala benak merongak jiwa
Moga selangkah membawa makna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan