Isnin, 20 Mei 2013

Masak masak itu seronok

Aku rasa aku suka masak
Sejak diet ni rajin masak
Masak aku aku saja makan
Nak bagi orang sendiri tak sanggup
Takut tragedi muntah muntah

Tadi buat sup sayur
Tiga kali tumis
Tiga kali hangit
Kali keempat jadi sikit
Dah didih taruk sayur
Nak nampak konon hebat
Taruk telur kacau kacau
Garam sikit tak suka masin
Wow epik jugak aku
Itulah sup pertama aku
Dah 19 tahun jadi perempuan
Aku senyum bangga

Baru aku tahu apa itu masak
Ia satu seni yang sedap
Main campak asal enak
Aku belajar satu benda
Bukan pertama kali kita buat
Terus jadi itu susah
Jadi kena cuba dan cuba
Baru dapat yang terhebat
Hidup ni pon lebih kurang laa
Jangan putus asa

Wah esok aku nak masak belacan
Nak cicah timun dan ulam
Aku nak masak dengan epik
Walau dimata lain aku hanya
Umpama main masak-masak
Aku ada cita-cita kecil
Aku nak jadi chef ternama
Buat bakal suami tercinta
Noktah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan