Isnin, 10 Jun 2013

Saja tulis

Tengah-tengah malam ni
Mata aku masih celik
Menghadap skrin 14 inci
Entah apa aku tatap dari tadi
Refresh dan tengok lagi
Kat muka buku macam-macam
Tateh manusia yang pelbagai
Senyum cebik menyampah
Semua pon ada
Zahirnya aku pon buang masa

Buka lama pencicip
Kata diluah ikut sedap
Aku pon luah sama
Di medan itulah
Semua orang jadi berani
Berani kata sana sini
Sebab tak payah nak sua muka
Pergghh hebatnya semua ni

Aku pon buang masa
Hari-hari tak pula kerja
Aku paham mak bapak
Aku tak berapa suka
Kalau aku kerja
Tak apalah sekranglah
Aku nak baca-baca
Nanti mungkin tak sempat-sempat

Jauh disudut hati aku rindu
Rindu siapa??
Insan yang buat aku rasa
Nak nyanyi tak kira masa
Tapi jarak jauh tak kata
Sukar laa nak jumpa
Rindu tu menusuk kalbu
Kenapalah kawan-kawanku
Semuanya jauh berbatu
Disini aku sunyi sepi
Hanya ditemani ibu ayah
Dan semestinya Tuhan yang esa
Serta muka buku dan pencicip

Jumaat, 7 Jun 2013

PILIH

Sekarang aku kena pilih
Pilih hala tuju aku nak pecut
Punyalah lama aku perah otak
Mungkin ini yang Tuhan tunjuk

Aku sama sekali sadis membaca
Tohmahan insan teradap pilihku
Wah sungguh dijajah otak kalian
Aku cuma tahu ini lebihku

Aku sukakan bahasa puitis
Samping itu aku jua sukakan
Bit bit serta pengaturcara
Biarlah aku terbang dalam kod

Aku dah pilih
Jadi aku tunggu dan doa
Aku tak kisah orang kata
Sebab aku tahu Tuhan ada

Sabtu, 25 Mei 2013

1Q84

Novel yang tengah aku baca
Sedikit banyak lucahnya
Tapi ia karya yang dikata-kata
Cuma mahu melihat sekadar
Manakah ia bercerita
Nyata cerita bukan biasa-biasa
Ada nilai ada moral
Meskipun hanya rekaan
Tapi penuh fakta-fakta
Itu yang kurang novel kita
Penuh bunga-bunga
Terlebih madu dan gula
Cerita ini tentang pembelaan
Misteri misteri misteri
Juga dipapar kucar-kacir hidup
Walau bertamadun tapi
Persis haiwan binatang
Nafsu nafsi tak basi basi
Buat aku tersingkap minda
Bertapa agung ciptaan Tuhan
Sudah diberi panduan
Nyata jelas serta bukti
Tapi dicari yang tak pasti
Hidup tanpa tujuan
Akhirnya tumpas jua
Moga cerita ini
Dibaca lebih ramai insan
Bukan diambil hangat kisahnya
Tapi lihat apa kontrasnya
Yang cuba dibawa penulis
Terbang bersama ceritanya
Kutip sekali mesejnya
1Q84

Khamis, 23 Mei 2013

Penat

Aku mahu keluar
Keluar dari kepompong
Mahu cari siapa aku
Mahu jadi orang
Bukan kutu kutu
Hentilah rasa bersalah
Aku mahu nikmati hidup
Dan kembali sekian
Dalam sujud dan wudhuk
Bisakah??
Kalau perangai  pun bertanduk
Moga tak penat aku cuba
Lari dari kepompong dosa

Rabu, 22 Mei 2013

Konpius

Perghhh hidup ini banyak pilihan
Salah pilih sekali susah jadi
Tapi tak bermakna tak boleh bangun
Cuma kalau ada peluang pilih
Pilihla sungguh-sungguh
Nanti sendiri makan ulam jantung

Susah ke nak pilih??
Tu memang soalan sampah
Kepala ni rasa cam nak pecah
Tapi kena pilih jugak
Pilih nak jadi baik ke jahat
Tu paling basic
Kalau pilih jadi jahat
Nanti jawablah kat Tuhan
Kau sendiri yang pilih

Konpius konpius
Cita-cita aku gah la jugak
Konon tak nak balasan mewah
Cukup sekadar menabur bakti
Betul ke apa aku tekadkan
Atau sekadar mengaburi
Niat sekepalang nak juga harta

Ya Allah tolonglah aku
Aku keliru aku takut
Aku syukur kau bagi nikmat hidup
Bimbinglah aku bimbinglah
Aku nak pilih yang betul
Yang betul betul
Moga aku nampak cahaya nanti
Mana yang betul mana yang biul

:|

Kompiutaa

Aku tatap benda ni sejak kecil
Sampai saat ini aku tatap
Hampir dua dekad aku kenal
Bukan aku sorang tapi ramai
Cuma dulu benda ni gedabak
Sekarang dah nipis lagi kecik
Cepat betul ledakan teknologi

Aku sekian dilema
Nyata berkaitan benda ini
Aku paling nampak serlah
Maka apakah ini akanku pilih
Maka aku juga tidak kisah
Kerana aku suka
Bukan suka suka
Mungkin ada makna
Disebalik cenderung ini

Maka wahai kompiuta
Aku nak kasi komitmen
Aku nak kawan dengan kau
Maka bagi peluang aku dalami
Ilmu ini sekadar mampu
Moga manfaat dapat dibantu
Moga pilihku tepat
Moga moga moga

Isnin, 20 Mei 2013

Masak masak itu seronok

Aku rasa aku suka masak
Sejak diet ni rajin masak
Masak aku aku saja makan
Nak bagi orang sendiri tak sanggup
Takut tragedi muntah muntah

Tadi buat sup sayur
Tiga kali tumis
Tiga kali hangit
Kali keempat jadi sikit
Dah didih taruk sayur
Nak nampak konon hebat
Taruk telur kacau kacau
Garam sikit tak suka masin
Wow epik jugak aku
Itulah sup pertama aku
Dah 19 tahun jadi perempuan
Aku senyum bangga

Baru aku tahu apa itu masak
Ia satu seni yang sedap
Main campak asal enak
Aku belajar satu benda
Bukan pertama kali kita buat
Terus jadi itu susah
Jadi kena cuba dan cuba
Baru dapat yang terhebat
Hidup ni pon lebih kurang laa
Jangan putus asa

Wah esok aku nak masak belacan
Nak cicah timun dan ulam
Aku nak masak dengan epik
Walau dimata lain aku hanya
Umpama main masak-masak
Aku ada cita-cita kecil
Aku nak jadi chef ternama
Buat bakal suami tercinta
Noktah