Isnin, 10 Jun 2013

Saja tulis

Tengah-tengah malam ni
Mata aku masih celik
Menghadap skrin 14 inci
Entah apa aku tatap dari tadi
Refresh dan tengok lagi
Kat muka buku macam-macam
Tateh manusia yang pelbagai
Senyum cebik menyampah
Semua pon ada
Zahirnya aku pon buang masa

Buka lama pencicip
Kata diluah ikut sedap
Aku pon luah sama
Di medan itulah
Semua orang jadi berani
Berani kata sana sini
Sebab tak payah nak sua muka
Pergghh hebatnya semua ni

Aku pon buang masa
Hari-hari tak pula kerja
Aku paham mak bapak
Aku tak berapa suka
Kalau aku kerja
Tak apalah sekranglah
Aku nak baca-baca
Nanti mungkin tak sempat-sempat

Jauh disudut hati aku rindu
Rindu siapa??
Insan yang buat aku rasa
Nak nyanyi tak kira masa
Tapi jarak jauh tak kata
Sukar laa nak jumpa
Rindu tu menusuk kalbu
Kenapalah kawan-kawanku
Semuanya jauh berbatu
Disini aku sunyi sepi
Hanya ditemani ibu ayah
Dan semestinya Tuhan yang esa
Serta muka buku dan pencicip

Tiada ulasan:

Catat Ulasan